Sabtu, 8 Januari 2011

Laporan Polis Persatuan Bugis Selangor tentang sikap biadap dan kurang ajar ADUN Sri Muda


Ketua Pemuda BN Kota Raja, Nur Azman Anuarul Perai yang mewakili Pemuda Umno, MCA dan MIC berkata kenyataan yang dibuat Shuhaimi pada 30 Disember lalu dalam laman blog http://srimuda.blogspot.com memberi gambaran Sultan Sharafuddin Idris Shah bertindak sewenang-wenangnya tanpa mengambilkira amalan perlembagaan ketika memperkenankan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baru.

"Saya berpendapat kenyataan Shuhaimi (kanan) sengaja dibuat untuk menaikkan kemarahan rakyat dan memberi persepsi negatif terhadap institusi Raja-Raja Melayu dan boleh menggugat ketenteraman awam dan negara," katanya.

Beliau memberitahu demikian ketika ditemui pemberita sebelum membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Klang hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bugis Selangor, Raja Ahmad Raja Abdul Wahid berkata tindakan kerajaan Selangor yang masih mempertikaikan pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK disifatkan menderhaka kepada Sultan Selangor.

"Kami warga Bugis menganggap kenyataan Shuhaimi seolah-olah menghasut rakyat menentang institusi beraja di negeri ini serta mencabar kedudukan Sultan Selangor yang berasal daripada keturunan Bugis," katanya yang juga Ketua Umno Cawangan Bandar Klang Selatan.


Tiada ulasan: