Khamis, 15 April 2010

Pilihanraya Kecil P.94 Parlimen Hulu Selangor

Petang ini (Khamis 15 April 2010) kita akan mendengar pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri mengenai calon yang akan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Kecil P.94 Parlimen Hulu Selangor.

Pengumumam akan dibuat di Bukit Sentosa.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlebih dahulu telah mengumumkan calon mereka iaitu Dato' Zaid Ibrahim yang merupakan mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri semasa Kerajaan di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Calon BN - P.Kamalanathan
Calon PKR - Dato' Zaid Ibrahim
Calon Bebas - Johan Mohd Diah (Tarik Diri)
Calon Bebas - V.S. Chandran (Tarik Diri)

Tiada ulasan: