Khamis, 8 April 2010

Karnival Juara Rakyat 1Malaysia Kota Raja anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja









Karnival Juara Rakyat 1Malaysia Kota Raja anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja telah diadakan pada hari Ahad, 4 April 2010 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2, Shah Alam. Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi BN Negeri Selangor, YB Datuk Seri Noh Omar.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Mardi, Suruhanjaya Pilihanraya, Bomba, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Tekun Nasional, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Sumber Manusia dan lain-lain agensi Kerajaan telah mengadakan pameran dan penerangan dengan membuka kaunter-kaunter kepada pengunjung.

Penyampaian sijil dan sumbangan wang tunai kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM baru-baru ini juga telah diadakan pada hari tersebut.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah persembahan seni mempertahankan diri seperti Silat, Silambam, Tai Chi, persembahan tarian kebudayaan masyarakat Melayu, Cina dan India, pertandingan bolasepak futsal bawah 12 tahun, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak 6 tahun dan jualan makanan dan barangan oleh peniaga-peniaga industri kecil dan sederhana yang menetap di Kota Raja.

Suasana Karnival Juara Rakyat 1Malaysia Kota Raja (Bersama Agensi Kerajaan) anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja ini sungguh meriah dengan kehadiran seramai lebih kurang 2,000 pengunjung dari sekitar Shah Alam dan Klang.

Antara yang hadir ialah Nur Azman Anuarul Perai, selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja merangkap penyelaras Karnival Juara Rakyat 1Malaysia Kota Raja (bersama agensi Kerajaan), Ir. Kamaruzzaman Johari (Ketua UMNO Bahagian Kota Raja), RS Maniam (Ketua MIC Bahagian Kota Raja), Lim Kim Hwi (Ketua MCA Bahagian Kota Raja), Kamal Batcha (Ketua PPP Bahagian Kota Raja), M.George (Ketua IPF Bahagian Kota Raja) dan Fazia Mohamed (Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2).

Tiada ulasan: