Jumaat, 2 April 2010

Ekuinas (EKUITI Nasional Berhad)

Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) adalah syarikat berkaitan kerajaan yang bertindak sebagai pengurus dana ekuiti swasta. Ekuinas ditubuhkan pada 1 September 2009 dengan peruntukan awal dari Kerajaan sebanyak RM500 juta.

Ekuinas ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan syarikat Malaysia yang terkemuka demi generasi akan datang disamping mempromosikan konsep adil, berkesan dan berterusan agar dapat menggalakan lagi penyertaan Bumiputra dalam ekonomi.

Syarikat-syarikat Bumiputera yang berpontensi dan berdaya maju tidak perlu khuatir lagi kerana mereka boleh memohon untuk mendapatkan suntikan modal dari Ekuinas.

Ekuinas telah mengumumkan pelaburang sulung mereka di dalam Syarikat Alliance Cosmetics Group (ACG). Salah satu syarikat yang terlibat dalam perniagaan kosmetik dan penjagaan peribadi.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.ekuinas.com.my/

Tiada ulasan: