Isnin, 4 Januari 2010

Pertandingan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja





Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja telah menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja pada 2 dan 3 Januari 2010 bertempat di gelanggang sepak takraw Taman Desa Kemuning dan gelanggang sepak takraw Taman Sri Lembayung. Lebih kurang 44 pasukan telah bertarung dalam pertandingan yang diadakan pada julung-julung kalinya di kawasan Parlimen Kota Raja ini. Ia bertujuan untuk memartabatkan dan mempopularkan permainan sepak takraw yang merupakan permainan sukan tradisi rakyat disamping memupuk tali persahabatan dikalangan pemuda-pemuda di Kota Raja. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja dan Majlis Perasmian Penutup pula telah disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor. Diantara tetamu yang hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Kota Raja bersama keluarga, Naib Ketua UMNO Bahagian, Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian, Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dan peminat-peminat sukan takraw disekitar Kota Raja dan Shah Alam.

1 ulasan:

10 BUDAK HITAM berkata...

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Blog 10 SI BUDAK HITAM diwujudkan atas dasar sayangkan KERAJAAN BARISAN NASIONAL amnya dan KERAJAAN UMNO khususnya, terutamanya di NEGERI TERCINTA INI, PERAK DARUL RIDZUAN. Kami juga dalam usaha untuk menggabungkan kesemua bloggers di Perak ini selari dengan saranan Menteri Besar Perak untuk melihat semua Bloggers bersatu dalam menyebarkan maklumat dan fakta yang sebenarnya.

Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan memayungi serangan Pakatan Rakyat,10 SI BUDAK HITAM yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers UMNO di Malaysia ini agar dapat sama-sama kita bersepakat dalam memberikan informasi berkaitan politik Perak ini.

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan blog kami,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Menjadi FOLLOWERS di Blog 10SBH di http://10sibudakhitam.blogspot.com, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.