Selasa, 1 Disember 2009

Durian Ganja (D105)


Durian Ganja (Gambar)

Durian Ganja merupakan salah satu spesis durian klon jenis D105 atau Taiping 3. Menurut Jabatan Pertanian, Durian Ganja ini telah didaftarkan pada individu yang bernama Awang Yaakob pada tahun 1970. Rasanya sangat enak, isinya tebal dan bijinya kecil. Antara kualiti yang dicari oleh peminat-peminat durian. Durian jenis ini kaya dengan karbohidrat, protein, lemak, kalsium, vitamin A dan C. Ia boleh didapati dari kebun-kebun dan boleh membesar sehingga 30 cm (panjang) dan 15 cm (diameter.) Lazimnya Durian Ganja mempunyai berat antara 1 hingga 3 kg sebiji. Di Pahang ada pokok durian ini yang membesar sehingga 40 meter tinggi.

Tiada ulasan: