Sabtu, 5 Disember 2009

Bantuan Persekolahan Sesi 2010











Penyelaras Barisan Nasional DUN Sri Andalas dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja telah menganjurkan Program Mesra Rakyat "Bantuan Persekolahan" kepada murid-murid di 6 sekolah rendah dan 5 sekolah menengah di kawasan Dewan Undangan Negeri Sri Andalas pada hari Sabtu, 5 Disember 2009 bertempat di Taman Nakhoda Yusof, Kampung Jawa, Klang.

Program bantuan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi BN Negeri Selangor.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Kota Raja, Ir Kamaruzzaman Johari, YM Raja Kamarudin Raja Ab. Wahid, Datuk Amzah Umar, Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional DUN Sri Andalas, Kamalam Annasamy, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Nur Azman Anuarul Perai, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Klang, Siti Hajar Ayub, Pengetua-Pengetua sekolah dalam kawasan DUN Sri Andalas, Pengerusi-Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) dan para Ibubapa.

Tiada ulasan: