Ahad, 22 November 2009

'Retreat' Exco Pemuda Kota Raja

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja telah menganjurkan hari 'Retreat’ pada 21 November 2009 bertempat di Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Seramai 20 orang peserta bertolak dari UMNO Bahagian dengan menaiki bas.

Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Nur Azman Anuarul Perai, selaku Ketua Pemuda Bahagian pada hari pertama program ini. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan sosial, menyegar dan mengembalikan semula semangat peserta agar dapat mendorong mereka kepada gerak kerja yang lebih berkesan dalam menghadapi permasalahan penduduk di Kota Raja.

Aktiviti-aktiviti santai seperti permainan 'paint ball', sukan dan karaoke telah menarik perhatian dan menyegarkan semangat serta hubungan silaturrahim dikalangan peserta.
Terlebih dahulu, Exco Pergerakan Pemuda Bahagian Kota Raja sempat melakukan kunjungan ke persandingan YM Raja Maheran yang merupakan anaknda YM Raja Kamarudin (Mantan Ketua Cawangan UMNO Taman Bukit Sri Andalas) yang bertempat di Sri Andalas, Klang. Antara tetamu-tetamu yang kelihatan ialah Pembesar-Pembesar Istana Negeri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Dr. Hassan Ali, Dato' Ahmad Bahri (Setiausaha Politik Menteri Pertanian), Mohd Abd. Raof Mokhtar (Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Raja), Dato' Rosli M Amin (Bendahari UMNO Bahagian Kota Raja), Abd. Jabar Abdul Majid (Mantan Ketua UMNO Caw. Pandan Perdana), Dato' Mohd Daud, (Ketua Caw. Pandan Perdana), Safuan (Ketua UMNO Caw. Bukit Naga), Prof. Ali (Mantan Ketua Caw. Sri Sedeli) dan Mohamad Ezam Mohd Nor sesisi keluarga.







Tiada ulasan: