Isnin, 30 November 2009

Mana Perginya Konsep 1Malaysia??

Bank Negara Malaysia selaku pengawal selia dan pemberi lesen kepada syarikat-syarikat insurans yang beroperasi di negara ini mestilah mengawal dan mengambil tindakan agar syarikat yang diberi lesen tidak "suka-suka" menentukan khidmat atau produk yang ditawarkan kepada pengguna.

Ramai orang yang tak puas hati dengan segelintir syarikat insurans yang tak nak menginsuran kereta lama yang berusia 15 tahun ke atas meskipun selama ini pemilik kereta tersebut bertahun-tahun berlindung di bawah insuran dari syarikat ini.

Pemilik kereta yang berusia 15 tahun ke atas tidak lagi dibenarkan mengambil insurans "third party".

Tukaran insuran "third party" kepada insuran "first party" tidak layak untuk memindahkan "no claim discount" (NCD) yang diperolehi dan dinikmati oleh mereka. Ini bermakna pengguna perlu membayar premium yang lebih tinggi walaupun sudah ada 55% (maksimum) NCD sebelum itu.

Tak kira berapa harga pasaran kenderaan, minimum harga yang perlu dinsuranskan ialah RM 10 ribu, biar pun kereta tersebut mungkin berharga RM1 ribu sahaja di pasaran. Tak masuk akal.

Nampaknya sudah semakin banyak syarikat insurans yang tidak bertanggungjawab walaupun telah mengaut keuntungan dari polisi yang tidak dituntut.

Ingatlah ramai peniaga kecil-kecilan di Malaysia ni banyak yang pakai kenderaan buruk yang kalau nak jual pun, kat kedai besi buruk sahaja yang laku. Bukan tak mahu pakai yang baru, tapi mungkin tak mampu. Ini satu penginayaan yang bermotifkan keuntungan dan menyusahkan rakyat.

Mana perginya konsep 1Malaysia?

Jangan salahkan pengguna kalau tak ada "road tax", insurans!

1 ulasan:

wcwk (When Celebrities Were Kids) berkata...

good post,
i also trying to put some old and child photographs when celebrity were kids, so if you have any photo or any stuff which is not listed in our site pl. contact me.And if you have any suggestion or comment pl. tell i appreciate it,
thanks.


wcwk Team
http://wcwk.blogspot.com/