Sabtu, 24 Oktober 2009

Analisa Bajet 2010

Peruntukan = RM191.5 bilion (RM191,500,000,000)

Strategi Bajet 2010

Memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Fokus Bajet 2010

  1. Meningkatkan pendapatan boleh guna;
  2. Meningkatkan taraf hidup penduduk;
  3. Menggerakkan semula sektor swasta sebagai penjana pertumbuhan ekonomi;
  4. Membangunkan modal insan berkemahiran tinggi serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam;
Perlaksanaan;

  1. Membasmi kemiskinan tegar;
  2. Meningkatkan kemudahan perumahan, prasarana, mutu perkhidmatan pengangkutan awam serta keselamatan rakyat;
Kami di UMNO Cawangan berharap agar bajet yang baru dibentangkan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin. Kami melihat kemiskinan tegar akan dapat dihapuskan melalui peningkatan pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat melalui peningkatan taraf hidup penduduk secara terus bukan lagi dengan cara berperingkat-peringkat seperti yang dilaksanakan Kerajaan sebelum ini.

Salam,

Ketua Cawangan
UMNO Bandar Klang Selatan
Bahagian Kota Raja

Tiada ulasan: