Rabu, 16 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H & Maaf Zahir Batin

Salam Anaknda Ezam,

“Kita orang lama ni ibarat peneroka, terpulang kepada generasi kini untuk memelihara dan bercucuk tanam agar menghasil buah yang baik. Kalau tiada umbi mana datang akarnya, kalau tiada akar mana datang batangnya, tiada batang mana datang dahannya, kalau tiada dahan mana datang daunnya, kalau tiada daun mana datang buahnya. Kalau baik benih maka baiklah pokoknya.”

"Salam Aidilfitri buat Anaknda Seisi Keluarga"

YM Raja Ahmad Raja Dato’ Abdul Wahid
Ketua Cawangan UMNO Bandar Klang Selatan
Bahagian Kota Raja
http://ucbks.blogspot.co

Ezam Nor



Terima kasih Ayahanda Pak Engku,


Salam aidilfittri Mubarak dari anakanda di Jakarta. Salam kasih buat semua kerabat dan taulan di Klang. Wassalam

Ezam

YM Ketua Cawangan (Kanan) berhari raya di rumah kekanda, YM Raja Kamaruddin Raja Dato' Ab Wahid atau Raja Komando (Kiri) mantan Ketua UMNO Cawangan Taman Bukit Sri Andalas dan juga merupakan mantan Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Shah Alam bersama Setiausaha Pemuda Bahagian Kota Raja yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan (Tengah).


Berhari raya di rumah mantan Ketua Cawangan Pandan Perdana, En. Abd Jabar Abd Majid di Hari Raya Pertama pada 20 September 2009.

Bagi pihak Pengurusan dan Ahli UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dan mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri" & "Maaf Zahir Batin" kepada semua muslimin serta muslimat tidak kira di mana jua anda berada.

Ikhlas dari saya - Raja Ahmad Raja Dato' Abd. Wahid

Tiada ulasan: