Jumaat, 11 September 2009

"Saya hilang hormat pada Anwar" Raja Komando



Eksklusif: "Saya hilang hormat pada Anwar" Raja Komando
Tuesday, 26 June 2007

Oleh Wartawan klpos.com

KLANG: Bekas saksi pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid atau lebih dikenali Raja Komando memgumumkan beliau dari keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi di rumah bekas ketua pemuda PKR Ezam Mohd Nor. Raja Komando yang pernah memangku jawatan ketua Keadilan Shah Alam ketika Ezam dipenjara berkata tindakannya itu dibuat kerana beliau "hilang hormat pada Anwar".

"Ezam merupakan eset pada parti, kehilangan Ezam satu kerugian kepada PKR," katanya kepada klpos.com. Raja Komando merupakan kerabat Diraja Selangor merupakan seorang bekas ahli UMNO yang keluar parti sejurus parti itu mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menganggotai PKR sebaik ia ditubuhkan. Sejak meninggalkan UMNO beliau telah menolak sebarang tawaran menganggotai parti itu semula walaupun kerap dijanjikan wang bertimbun. Menteri Besar Selangor Mohd Khir Toyo pernah merayu agar Raja Komando tidak bertanding menentang beliau semasa Pilihan Raya Umum 2004 yang lalu. Menurut Raja Komando, beliau memang sudah tidak aktif dalam parti sejak Anwar dan Ezam dibebaskan dari penjara. "Saya rasa tugas saya selesai sebaik mereka bebas," katanya yang pernah berkhidmat di dalam pasukan bersenjata sebagai jurulatih pasukan Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.

Raja Komando juga diingati kerana pernah dikaitkan dengan plot membunuh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun berita itu ternyata palsu dan menyebabkan ketua pengarang akhbar The Sun ketika itu meletak jawatan. Sementara itu, Setiausaha PKR Shah Alam Nazmi Rosli (gambar) mengesahkan berita klpos.com bahawa Ezam diziarahi oleh ahli dan pemimpin Keadilan bahagian tersebut."Hampir semua AJK Keadilan Shah Alam, termasuk sayap wanita dan pemuda menemui dan berbincang berbagai isu dengan saudara Ezam ," kata beliau kepada klpos.com. Menurutnya, biarpun Ezam keluar dari parti, namun bahagian Shah Alam kekal dan akan meneruskan program-program seperti dirancang. Nazmi turut mengesahkan beliau menerima surat perletakan jawatan Ezam pada 4 April lalu. Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai khabar angin bahawa ahli-ahli Keadilan Shah Alam akan mengumumkan keluar parti beramai-ramai tidak lama lagi. Namun, kata Nazmi beliau merayu kepimpinan tertinggi Keadilan mengambil langkah serius menangani masalah berbangkit supaya ia tidak menjejaskan Keadilan Shah Alam dalam pilihanraya akan datang.


Tiada ulasan: