Isnin, 7 September 2009

”Gotong Royong Membakar Lemang & Majlis Berbuka Puasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja”




Sebanyak 1,500 bungkusan makanan serta lemang telah diedarkan kepada petugas-petugas badan Kerajaan dan masyarakat sekitar Kota Raja.

Majlis yang diadakan di Tabika Kemas Alam Megah, Shah Alam pada hari Sabtu 5 September 2009 (bersamaan 15 Ramadhan) ini bermula seawal 9 pagi di mana, Pemuda memulakan proses memasak lemang, rendang daging, ayam goreng dan sup.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua UMNO Bahagian, Tn. Haji Ir. Kamaruzzaman Johari, Naib Ketua UMNO Bahagian, AJK Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan serta masyarakat secara amnya turut berbuka puasa bersama-sama Pemuda.
Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Sdra. Nur Azman melihat kerja amal ini sebagai satu bentuk sumbangan kepada masyarakat untuk mendapat keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Turut hadir dalam gotong royong ini ialah Sdra. Naib Ketua Pemuda, Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari serta barisan Ahli Jawatankuasa Pemuda. Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan sekitar kawasan ini juga turut serta bergotong royong dalam menjayakan majlis.

1 ulasan:

ketua pemuda umno shah alam berkata...

Salam ziarah...
sudilah kiranya melayari blog saya
http://kpubsa.blogspot.com/