Isnin, 13 Julai 2009

Program Gotong Royong & Mengecat Sekolah KAFA Integrasi An-Nur, Taman Kandis Permai, Klang






Alhamdullilah, atas inisiatif Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Sdra. Nur Azman Anuarul Perai dan Barisan pengurusan Pemuda, Program Gotong Royong & Mengecat Sekolah KAFA Integrasi An-Nur, Taman Kandis Permai telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada hari Ahad, 12 Julai 2009.

Ini merupakan antara satu dari usaha amal dan kebajikan Pergerakan Pemuda UMNO untuk kemajuan pendidikan dan keselesaan masyarakat di Kota Raja.

Menurut Puan Isamsinah (Guru Agama), Sekolah ini, mempunyai 192 orang murid di mana, 107 orang darinya ialah dari sesi pagi dan 85 orang dari sesi petang. 3/4 orang murid yang belajar di sini kebanyakanya menetap di Taman Sri Proton yang berhampiran. Selebihnya ialah murid-murid dari Taman Kandis Permai sendiri, Desa Latania dan Sg. Kandis. RM12 yuran bulanan dikenakan kepada ibubapa untuk menampung kos pengendalian KAFA tersebut. Terdapat 7 orang guru wanita yang mengajar di sini.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian telah berjaya mengecat sebanyak 6 buah kelas termasuk beberapa blok kecil di Sekolah ini.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Naib Ketua UMNO Bahagian, En. Mohd Abdul Raof Mokhtar, Ketua-Ketua Pergerakan Pemuda serta barisan AJK Cawangan yang membantu menjayakan program amal ini. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan Allah SWT.

Tiada ulasan: