Isnin, 20 Julai 2009

KATA-KATA ALUAN - Ketua UMNO Bahagian Kota Raja

Saudara Perwakilan,

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana diatas limpah dan kurniaNya, maka kita dapat mengecap nikmat dan kesejahteraan hingga membolehkan kita sama-sama berkumpul pada hari ini dalam persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja tahun 2009.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ketua Pergerakan Pemuda, seluruh AJK Pergerakan Pemuda Bahagian dan Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan yang telah dapat menjalankan Persidangan Cawangan masing-masing dengan baik pada tahun ini.

UMNO seharusnya menjadi sebuah parti yang bergerak aktif sepanjang masa dengan menjalankan aktiviti yang melibatkan penyertaan ramai di kawasan masing-masing. Imej yang sedemikian amat penting dalam meraih sokongan kepada parti secara berterusan.

Kita telah sama-sama mengharungi pahit getir yang menguji kekuatan dan kerukunan kita dalam satu organisasi, secara tidak langsung menjadi satu kesatuan kepada bangsa Melayu untuk membangunkan, maju dan mencapai kecermelangan dalam pelbagai bidang.

Kejayaan akan terus kita perolehi dengan adanya perpaduan dan bekerja secara bersungguh – sungguh. Perpaduan di kalangan kita perlu dirapat dan dipereratkan lagi kerana perpaduan merupakan asas kekuatan parti yang harus sentiasa dipelihara.

Oleh itu, sempena Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja tahun 2009 pada hari ini, saya ingin mengajak seluruh ahli Pemuda UMNO khasnya para perwakilan, supaya bersatu teguh dibelakang kepimpinan bahagian dan menghidupkan cita-cita dan idealisme asal parti supaya terus dipupuk agar parti sentiasa hidup subur bagi menjayakan perjuangan untuk agama , bangsa dan tanah air yang tercinta.

Sekian, Wassalam.
Yang ikhlas,

TN. IR. HJ. KAMARUZZAMAN B. JOHARI

1 ulasan:

UMNO CWGN SRI SELAYANG SATU berkata...

salam. minta masukkan link laman kami dalam laman anda. http://umnoselayang1.blogspot.com