Jumaat, 10 Julai 2009

Berani, Berintegriti, Bervisi



'Berani, Berintegriti, Bervisi' adalah merupakan slogan yang diperkenalkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja. Ia bertujan untuk menyuntik semangat agar, masyarakat muda lebih berani dalam menyuarakan pendapat mereka jika ia dirasakan benar dan dapat memberi faedah kepada masyarakat. Pemuda juga mestilah berilmu dan berintegriti, yang menekankan kepada prinsip moral dan etika yang tinggi, tidak berbelah bahagi dalam memberi khidmat kepada masyarakat dengan menyerapkan nilai kesetiaan kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Nur Azman Anuarul Perai yang bertanggung jawab mencetuskan idea ini berharap agar ia dapat menerapkan nilai yang baik kepada semua orang muda di kawasan Kota Raja. Beliau merasakan ianya mestilah dimulakan dengan slogan yang boleh mencetus semangat kaum muda yang sentiasa inginkan perubahan dalam hidup mereka. Menurut beliau, Pemuda pada masa yang sama mestilah 'Inklusif' dengan memberi fokus kepada usaha bukan saja pada ahli UMNO tetapi juga generasi muda tanpa mengira kaum yang tidak berparti dan tidak menyokong UMNO. Pemuda juga mesti 'Proaktif' dengan tidak perlu menunggu sebarang arahan untuk menyelesaikan masalah dan ia perlu dilaksanakan dengan pantas dan berkesan sebelum ianya menjadi masalah yang lebih besar.
Pengurusan serta ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ini juga telah memulakan sesi aktiviti turun padang yang diadakan di rumah golongan miskin dan kurang upaya di mana, ianya telah diiringi oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Disamping merapatkan lagi silaturrahim dikalangan masyarakat di peringkat akar umbi dengan Pengurusan Pemuda UMNO Bahagian, program ini juga dilihat dapat meyakinkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan pusat dan selaras dengan dengan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri iaitu 'Rakyat Didahulukan dan Prestasi Diutamakan'.

Tiada ulasan: