Selasa, 10 Mac 2009

Perarakan & Ceramah Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)

Isnin, 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiul Awal 1430H, Jam 8.00Pagi
Sdra. Nur Azman Anuarul Perai mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja dalam menyertai perarakan dan ceramah sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) di Masjid Al-Munawarah, Seksyen 27, Shah Alam. Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian, Tuan Haji Ir Kamaruzzaman Johari bersama barisan AJK Bahagian, Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian, Sdra. Mohd. Hafiz Saribin, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda, Sdra. Wan Ahmad Khalid Abdullah, barisan Exco Pemuda serta Ketua-Ketua Cawangan dan Pemuda Cawangan Bahagian Kota Raja.

Program ini telah dianjurkan oleh MPWK dengan kerjasama Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Raja yang dipengerusikan oleh Puan Nahar Ahmad.

Tiada ulasan: