Ahad, 29 Mac 2009

Angin Ribut Di Taman Sri Lembayung

Jumaat, 27 Mac 2009.

Angin kuat akibat hujan dan ribut petir sebelah petang pada 27 Mac 2009, telah menyebabkan 15 buah rumah di Taman Sri Lembayung, Shah Alam rosak teruk. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Nur Azman Anuarul Perai telah mengetuai Unit Tindakan Khas, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dalam memberi sumbangan makanan dan barang keperluan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Sebahagian dari mangsa-mangsa yang rumahnya rosak teruk telah ditempatkan di Dewan Mediterranean, Taman Sri Muda, Shah Alam buat sementara waktu.

Sumbangan telah diberikan di rumah-rumah mangsa dan turut disaksikan oleh para penduduk Taman Sri Lembayung. Mangsa-mangsa kejadian amat terharu dengan sumbangan yang telah diberikan. Salah seorang daripada mangsa, Sharil Mohd Nor, berkata sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keperluan mereka. Turut hadir semasa pemberian sumbangan ialah Naib Ketua Pemuda Bahagian, Mohd Hafiz Saribin, Pengurusan serta barisan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

Tiada ulasan: