Rabu, 4 Februari 2009

Pelan Tindakan 2009 UMNO Bahagian Kota Raja

Syukur kehadrat Allah SWT dan tahniah kepada Tn. Hj. Ir. Ketua Bahagian kerana telah berjaya memberi suntikan baru kepada Pengurusan UMNO Bahagian melalui
Pelan Tindakan 2009 (Manual Pentadbiran Dan Kalender Aktiviti) UMNO Bahagian Kota Raja telah dilancarkan dengan rasminya oleh YB Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada 30 Januari 2009 di Kelab Golf Kota Permai, Shah Alam.

Tan Sri Muhammad berkata, "UMNO Bahagian Kota Raja akan berada dalam keadaan yang baik kerana diterajui oleh pemimpin yang mempunyai ilmu dan strategi kepimpinan.
Saya yakin Tuan Ir. (Ketua Bahagian) akan dapat menyatukan jentera parti secara efektif dan efisyen mengikut pelan bertindak yg disediakan sehinggalah ke PRU 13 yang akan datang".
Pelan Tindakan 2009 UMNO Bahagian Kota Raja dengan misi "membina kerjasama dan kekuatan baru dalam perjuangan" mempunyai lima (5) target utama iaitu, (1) Menubuhkan pusat perkhidmatan dan pusat aduan, (2) Memperkasakan hubungan ahli akar umbi dengan kepimpinan melalui aktiviti turun padang, (3) memperkemaskan organisasi parti dengan mengemaskinikan pentadbiran cawangan2, (4) Mengerakkan usaha pengkaderan dengan menubuhkan pasukan "Smart Squad" dan (5) Menubuhkan Kelab Veteran UMNO. Semua program dan aktiviti akan digerakkan mengikut Kalender Aktiviti yang disediakan. Pada malam itu, Ketua Cawangan menerima peruntukan RM500, Pengerusi Biro RM3,000 dan Ketua Pergerakan RM5,000 untuk mengadakan aktiviti. Tabung NSTP untuk Gaza juga menerima RM12,320. Sumbangan RM10,000 diterima daripada UMNO Bahagian Kota Raja melalui Ketua Zon 9 (Moheyer Matsum) dan RM2,320 hasil kutipan Pergerakan Puteri UMNO Kota Raja. Seramai 77 daripada 79 ketua cawangan dan timbalan ketua cawangan hadir.

Tiada ulasan: