Rabu, 18 Februari 2009

Kualiti Pemimpin Yang Disegani

Secara peribadi kami tidak berpegang kepada prinsip yang mendewakan seseorang pemimpin itu berdasarkan kenyataan atau kepetahannya berpidato semata-mata. Ini hanya kriteria kecil yang boleh membantu beliau. Sebaliknya, dia mestilah berpengetahuan, berkemampuan dalam melaksanakan tindakan. Dia juga harus ikhlas, mempunyai kesihatan yang baik, daya fikiran yang tajam yang mana ianya boleh diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan yang berkesan, berpotensi untuk mencapai objektif/pelan dan memenuhi citarasa rakyat. Ini adalah pemimpin yang pada hemat kami yang seharusnya kita ketengahkan. Dia juga harus mampu memimpin dan memilih pembantu-pembantu pengurusan yang bukan dikalangan mereka yang boleh menjatuhkan imejnya. Mereka ini perlu bebas dari rasuah, tidak ego, mesra dan berintegriti. Disaat UMNO yang sedang tenat sekarang ini, kita memerlukan perubahan yang jitu untuk mengembalikan semula keyakinan dan merapatkan perpaduan dikalangan orang Melayu.

Pulihkan UMNO!!

1 ulasan:

UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...

Assalamualaikum.. Salam Perjuangan. Sahabatku, kami dari UMNO Caw. Gombak Selatan begitu bangga dan rasa terharu atas pembabitan cawangan anda dalam mengikuti perkembangan politik melalui Blog.

Sama-sama kita memperhebatkan lagi blog kita dalam memberikan informasi sebenar mengenai keikhlasan perjuangan kita.

Kami sentiasa bersama anda.. Hidup UMNO.. Hidup Malaysia..

IKHLAS DARI,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

p/s : Blog anda dlm senarai link kami. Layari www.umnogombakselatan.blogspot.com