Rabu, 28 Januari 2009

Program Penyerahan Sumbangan Sekolah Kepada Pelajar Miskin, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU)











Pergerakan Pemuda UMNO Kota Raja telah mengadakan ‘Program Penyerahan Sumbangan Sekolah Kepada Pelajar Miskin, Anak Yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU)’ pada hari Sabtu, 24 Januari 2009 bertempat di kawasan lapang Taman Nakhoda, Kampung Jawa. Bantuan beg sekolah dan kupon barangan Bata telah diberikan kepada 250 pelajar yang kurang bernasib baik yang menuntut di sekolah-sekolah dalam Parlimen Kota Raja. Ia adalah sebagai bantuan kepada mereka yang sedang menduduki penggal persekolahan 2009.

Turut hadir mengiringi pelajar-pelajar ini ialah ibubapa, penjaga dan guru-guru sekolah mereka.Usaha dan perjuangan Pemuda UMNO Kota Raja dalam membantu Pengurusan UMNO Bahagian untuk membela dan meningkatkan taraf pendidikan anak bangsa Melayu terutamanya di Parlimen Kota Raja ini, tetap diteruskan walaupun negeri Selangor kini dikuasai PR.Perkembangan pendidikan anak-anak di Kota Raja akan terus dipantau agar tiada diantara mereka yang keciciran dari aspek akademik. Perhatian akan diberikan dari masa ke semasa oleh Pemuda agar pelajar-pelajar ini cemerlang dalam pelajaran.

Pengurusan UMNO Bahagian yang turut hadir dalam Program ini ialah Timbalan Ketua Bahagian, Hj. Kamal Arifin Kainin, Naib Ketua Bahagian, Mohd Abdul Raof Mokhtar, Ketua Penerangan, Hj. Raduwan Idar dan Ketua Puteri Suhaila M.Zin.

Tiada ulasan: