Selasa, 13 Januari 2009

Program Penerangan & Taklimat Agenda Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja telah menganjurkan Program Penerangan & Taklimat Agenda Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja kepada Ketua-Ketua Pemuda UMNO Cawangan di dalam Bahagian Kota Raja pada 10 dan 11 Januari 2009 yang lalu, bertempat di Bougainvilla Resort, Port Dickson. Seramai lebih 50 orang Ketua Pemuda Cawangan telah menyertai program tersebut.

Tujuannya ialah untuk memberi penerangan kepada Ketua-Ketua Pemuda Cawangan tentang agenda Pemuda UMNO Bahagian dan merapatkan lagi tali persaudaraan dikalangan warga Pemuda Kota Raja. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai harapan Pengurusan Pemuda Bahagian kepada Pemuda diperingkat Cawangan dan harapan Pemuda Cawangan kepada Pengurusan Pemuda diperingkat Bahagian. Perbincangan telah melahirkan kritikan-kritikan secara terbuka dari Pemuda diperingkat akar umbi demi untuk menambah baik lagi kepimpinan Pemuda Bahagian.

Program ini dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Bahagian, Nur Azman Anuarul Perai. Turut hadir ialah Penolong Setiausaha, Wan Ahmad Khalid Abdullah, Penolong Bendahari, Ahmad Effendy Jemaat dan Ketua Penerangan Pemuda, Mohd Idris Tormudi.

Program Penerangan & Taklimat Agenda Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja ini ditangguhkan oleh Ketua UMNO Bahagian, Tuan Haji Ir. Kamaruzzaman Johari. Turut hadir dimajlis perasmian penutup ini ialah, Timbalan Ketua Bahagian, Hj. Kamal Ariffin Kainin, Naib Ketua Bahagian, Mohd Abdul Raof Mokhtar dan Ketua Penerangan, Hj. Raduwan Idar.