Isnin, 8 Disember 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1429H

Di dalam Musnad Ahmad telah diriwayatkan bahawa Rasullulah SAW telah menyenaraikan tiga (3) perkara yang Allah redhai yang mana salah satu (1) darinya adalah: "...Kalian menasihati orang-orang yang Allah angkat menjadi pemimpin atas urusan kalian" dan sangat dituntut ketaatan sebagai satu pengorbanan hamba-Nya. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah & taatilah Rasul serta Ulil Amri (pemimpin) di antara kamu" (Surah Al-Nisaa' (4):59)

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya pelawat laman blog kami, Umno Cawangan Bandar Klang Selatan, Bahagian Kota Raja.