Jumaat, 5 September 2008

Program Solat Maghrib, Berbuka Puasa & Pemberian Sumbangan

Program menunaikan Solat Maghrib, berbuka puasa dan pemberian sumbangan kepada AJK Surau telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja pada hari Khamis, 5hb September 2008 bertempat di Surau Al-Islamiah, Taman Bukit Jati, Klang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan orang ramai, khususnya pemuda-pemuda agar dapat mendekatkan diri dengan masjid dan surau disamping mengeratkan silaturahim dikalangan mereka.
Seramai 30 orang pemuda termasuk pelajar-pelajar tajaan Yayasan Selangor datang untuk menunaikan Solat Maghrib dan berbuka puasa.
Sumbangan Pergerakan Pemuda Kota Raja ini, telah disampaikan oleh Naib Ketua Pemuda Bahagian, Sdr. Nur Azman Anuarul Perai kepada Imam Surau. Beliau dalam ucapannya berharap agar, program ibadah ini tidak terhenti di sini dan diteruskan demi membina kualiti insan yang cemerlang.
InsyAllah.

Tiada ulasan: