Rabu, 10 September 2008

Majlis Berbuka Puasa, Pemberian Sumbangan & Solat Maghrib Berjemaah

Program menunaikan Solat Maghrib, berbuka puasa dan pemberian sumbangan kepada Surau telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja pada hari Rabu, 10hb September 2008 bertempat di Surau Ar-Raudah, Taman Bukit Kemuning, Shah Alam. Ucapan telah disampaikan oleh Ketua Pemuda Bahagian Kota Raja, Sdr. Mohd Raof Mokhtar dan Naib Ketua Pemuda Bahagian, Sdr. Nur Azman Anuarul Perai. Sumbangan Pergerakan Pemuda Kota Raja ini, telah disampaikan oleh Naib Ketua Pemuda kepada Imam Surau.

Beliau dalam ucapannya menyatakan bahawa tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan orang ramai, khususnya orang muda agar dapat mendekatkan diri dengan surau disamping mengeratkan silaturahim. Biro Agama & Kebajikan Pemuda UMNO akan berusaha setakat yang termampu untuk terus mengadakan program-program seperti ini dan diharapkan ianya memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Tiada ulasan: