Khamis, 7 Ogos 2008

Ucapan Ketua UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan Semasa Persidangan 2008 (02.08.08)

Bismillahirahmanirrahim,

Alhamdulillah, eloklah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, maka sekali lagi kita dapat bersama-sama menghadiri persidangan di Dewan Melayu yang bersejarah ini.

Bulan ini kita akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-51. Bersama-samalah kita berdoa agar Negara ini terus makmur dan stabil di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Haji Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak. Kita amat berharap agar YAB Perdana Menteri dan Timbalannya dapat meneruskan perjuangan pucuk pimpinan demi Agama, Bangsa dan Negara.

Tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian, Apabila kita bercakaran, maka perlulah dicari jalan penyelesaian. Falsafah tiga hujung orang Bugis dalam menyelesaikan perbalahan. Hujung pertama ialah hujung lidah, iaitu melalui perbincangan, dialog dan musyawarah. Hujung kedua ialah hujung “anunya” itu, berdamai melalui perkahwinan dengan membina silaturahim dan keluarga. Hujung ketiga ialah hujung keris iaitu melalui peperangan dan pertumpahan darah. Ini adalah pilihan terakhir, selalunya tidak akan diguna sebab telah memadai dengan dua hujung sebelumnya.

Saya ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada tutur bahasa saya yang melanggar adat ketimuran kita.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari saya sendiri.

Saya sudahi ucapan saya dengan Wabillahitawfikwalhidayah

Wassalamualaikum, Warahmatullahiwabarakatuh.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Yang benar,

Raja Ahmad Raja Dato' Abd Wahid
Ketua UMNO
Cawangan Bandar Klang Selatan
Bahagian Kota Raja

2 ulasan:

TakdeOrangPeduli berkata...

mmm takde usul2? cadangan2?
nak tau gak ape isi masa persidangan...

Manusia Biasa berkata...

Assalamualaikum,

Terima kasih di atas komen yang diberikan.

Untuk berita dan maklumat yang selanjutnya, silalah berkunjung ke laman web ini.

Hormat dari kami.