Isnin, 11 Ogos 2008

Intipati Ucapan Ketua Cawangan Pandan Perdana (Bersidang pada hari Sabtu, 09.08.08)

Alhamdullilah dengan izin Allah SWT, pertama kali Mesyuarat Cawangan ini dapat bersidang menggunakan Dewan UMNO Pandan Perdana yang pada satu ketika dahulu sarat dengan tumbuh-tumbuhan (mini kebun).,


Ketua Cawangan mengajak ahli-ahli bersama-sama memohon kepada Allah SWT agar Mesyuarat Cawangan kali ini diberkati dan berjalan dengan baik dan lancar,

Ketua Cawangan memulakan ucapan dengan menyatakan bahawa beliau menyertai UMNO pada tahun 1963, menggadaikan diri demi perjuangan terhadap bangsa Melayu,
Perjuangan UMNO yang paling utama ialah menentukan arah tujuan orang Melayu,

Ketua Cawangan memaklumkan bahawa ahli-ahli mesti bekerja bukan kerana wang ringgit atau demi untuk merebut kekayaan tetapi demi untuk orang Melayu,

Masyarakat Melayu mesti diutamakan dalam perjuangan dan bukan kesetiaan kepada pemimpin sahaja,

Lima pegawai tertinggi di Bahagian Kota Raja menghubungi Ketua Cawangan sebelum Persidangan 2008 untuk mendapat pencalonan. Pendirian Ketua Cawangan tetap teguh berdasarkan kredibiliti calon, iaitu, hati dan perjuangan yang dibawa oleh mereka,

Parlimen Kota Raja di bawah Barisan Nasional dahulu telah berkerja keras untuk rakyat di Kota Raja namun segelintir orang politik masih merasakan ianya tidak berkesan. Cakap-cakap Parlimen tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya amat menyedihkan Ketua Cawangan yang juga merupakan mantan setiausaha kepada Ahli Parlimen Kota Raja,

Ketua Cawangan menyentuh masalah di Sungai Kandis dan Batu 8 Bukit Kemuning yang tidak mendapat perhatian Ahli Majlis ketika itu,

SMS yang dihantar kepada Ketua-Ketua Cawangan yang ingin berjumpa Ahli Parlimen (Kota Raja) mesti melalui pejabat UMNO Bahagian terlebih dahulu dianggap tidak munasabah,

Budaya ’blocking’ yang diamalkan di Bahagian juga mesti dihapuskan kerana semua orang layak untuk bertanding bukan untuk sesetengah pihak sahaja,

Ketua Cawangan telah menjelaskan perkara ini semasa Mesyuarat Bahagian di mana, beliau merupakan salah seorang daripada wakil Parlimen,

Bantuan RM1,000 kepada setiap Cawangan di Kota Raja selain bantuan ke atas surau-surau sebanyak RM3,500 setiap surau telah diberikan oleh Pejabat Parlimen Kota Raja di bawah mantan Ahli Parlimen (Tn. Vikneswaran Sanasee), di mana, ayah beliau merupakan teman karib Ketua Cawangan semasa muda dahulu, ayah beliau juga banyak membantu orang Melayu dalam mendapatkan pekerjaan di Kargo Handling di Pelabohan Klang dahulu.

Ketua Cawangan menegaskan jika sikap orang UMNO sebelum zaman Merdeka dahulu seperti apa yang berlaku di Bahagian Kota Raja sekarang, sampai bila pun kita tidak akan mencapai Kemerdekaan,

Ahli UMNO sebaliknya mesti bersatu memperjuangkan hak orang Melayu,

Ahli UMNO mesti mengimbau sejarah tahun 1946 tentang bagaimana UMNO itu ditubuhkan dan berkembang semasa awal-awal penubuhan.

Beliau mengumumkan bahawa tidak lagi mempertahankan jawatan Ketua Cawangan bagi penggal 2008/2011 dan berbangga dengan apa yang telah diperjuangkan selama ini demi untuk Agama, Bangsa & Negara.

Beliau mencadangkan sahabat karib yang setia membantu dan berjuang bersama-sama beliau semenjak menjadi pemuda dahulu dan disokong oleh ahli-ahli Cawangan sebulat suara.

Wassalam.


Ketua UMNO
Cawangan Pandan Perdana, Bahagian Kota Raja
Penggal 2003/2008