Ahad, 4 Mei 2008

Rintihan Pemuda PKR Semasa Perhimpunan MTUC

Psss.. ada dengar khabar ramai pemuda Keadilan yang tidak bersetuju dengan pandangan MB Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai dasar pemberian peruntukan ke atas aktiviti-aktiviti politik parti tersebut. Beliau berucap di perhimpunan MTUC di Shah Alam semasa hari pekerja pada 1 Mei 2008.

Tan Sri Khalid cakap semua jentera supaya jangan harapkan peruntukan sebaliknya berusaha untuk mendapatkan wang untuk menjalankan aktiviti parti dan masyarakat. Ramai orang dah mula resah lebih-lebih lagi golongan pemuda parti tersebut. Ada yang mengadu kepada saya kata Tan Sri kedekut.

Saya melihat MB mungkin ingin melihat bangsa kita berdikari dan tak harapkan peruntukan untuk berpolitik. Terus terang, saya rasa gusar dan tak yakin tentang kenyataan ini.

Tiada ulasan: