Jumaat, 23 Mei 2008

Lagi Rintihan Pemuda PKR

Inisiatif kepimpinan PKR Selangor untuk menggalakan orang muda terutama angkatan pemuda PKR untuk meningkatkan tahap kemahiran teknikal telah menerima 'feedback' yang kurang baik dikalangan angkatan muda. Berdasarkan maklum balas yang diterima, mereka agak kecewa dengan keputusan pihak tertentu yang hanya mengutamakan pelajar lepasan universiti yang tidak mempunyai pekerjaan untuk diberikan khidmat latihan. Bagaimana dengan mereka yang tidak berpeluang ke universiti? Bukankah mereka ini yang patut diberi keutamaan? Graduan universiti telah diberi peluang belajar dan telah dianugerahkan segulung Diploma/Ijazah. Kebanyakan mereka telah mendapat peluang pinjaman PTPTN. Tumpuan harus diberi kepada mereka yang serius ingin meningkatkan kerjaya dan tidak mendapat peluang pergi ke universiti.

Tiada ulasan: