Ahad, 4 Mei 2008

Jom Ubah Kota Raja

Disebalik isu harga barang yang hangat diperkatakan, punca kekalahan BN di Kota Raja juga adalah disebabkan oleh sabotaj calon yang dibuat oleh calon parti komponen BN Kota Raja sendiri.

Calon telah dituduh tidak turun padang bertemu rakyat semasa memegang jawatan YB sedikit sebanyak telah memberi persepsi negatif kepada kredibiliti calon dan impak buruk ke atas undian beliau.

Perkara ini walaupun ditegur oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi namun tidak dihiraukan. Malah, paling menyedihkan ianya menjadi topik semasa kempen pilihanraya. Ini menjadikan pengundi hilang kepercayaan dan keyakinan. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini seharusnya dikenakan tindakan tegas atas perbuatanya.

Ahli-ahli parti diperingkat akar umbi yang inginkan pembaharuan dan tak inginkan calon yang tiada kredibiliti sebagai pemimpin walaupun dikatakan 'berpengalaman'. Balik-balik pilih juga calon yang sama dan kebosanan rakyat jelas dizahirkan dalam pilihanraya baru-baru ini.

Kami ahli UMNO ingin melihat perubahan di Kota Raja dilakukan secepat mungkin dan ia akan kami dilaksanakan pada mesyuarat perwakilan Bahagian akan datang. InsyAllah.

Tiada ulasan: