Rabu, 30 April 2008

Ucapan Ketua Cawangan Semasa Mesyuarat Cawangan 2007

SEKAPUR SIREH

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

SYUKUR ALHAMDULLILAH DENGAN SIHATNYA KITA DAPAT BERSAMA MENJAYAKAN MESYUARAT AGONG CAWANGAN BANDAR KLANG SELATAN TAHUN 2007 DI DEWAN MELAYU YANG BERSEJARAH INI.

BULAN INI KITA AKAN MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE 50. BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA AGAR NEGARA INI TERUS MAKMUR DAN STABIL DI BAWAH PIMPINAN Y.A.B PERDANA MENTERI DATO’ SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI DAN TIMBALANNYA DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK. KITA AMAT BERHARAP AGAR Y.A.B PERDANA MENTERI DAN TIMBALANNYA DAPAT MENERUSKAN PERJUANGAN UMNO YANG TEGUH SELAMA INI.

KITA JUGA TIDAK LUPA DAN BERHARAP, BAHAGIAN KOTA RAJA YANG DIPIMPIN OLEH KETUA BAHAGIAN, DATUK HAJI AMZAH UMAR, DAPAT TERUS BERJUANG SEBAGAI KETUA BAHAGIAN DAN SETERUSNYA MEMBELA NASIB RAKYAT BAGI PENGGAL YANG AKAN DATANG UNTUK MEMPERKASAKAN EKONOMI DAN MERTABAT BANGSA MELAYU DI KOTA RAJA.

KEPADA SEMUA AHLI-AHLI CAWANGAN SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-50. MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERSYUKUR KE ATAS RAHMAT YANG KITA TERIMA SELAMA INI DAN BERDOAKAN AGAR KITA DAPAT BEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.

SAYA INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA ADA TUTUR BAHASA SAYA YANG MELANGGAR ADAT KETIMURAN KITA. SESUNGGUH YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH SWT DAN YANG BURUK ITU DATANG DARI DIRI SAYA SENDIRI.

SAYA SUDAHI UCAPAN SAYA DENGAN WABILLAHITAWFIKWALHIDAYAH WASALAMUALIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH


MERDEKA MERDEKA MERDEKA

YANG BENAR,

YM RAJA AHMAD RAJA DATO’ AB. WAHID
KETUA UMNO
CAWANGAN BANDAR KLANG SELATAN
BAHAGIAN KOTA RAJA

Tiada ulasan: