Friday, July 10, 2009
Berani, Berintegriti, Bervisi
Salam Takziah Buat Arwah YM Raja Zainuddin Raja Halim
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Al-Fatihah.
Wednesday, July 8, 2009
Kronologi pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Tuesday, July 7, 2009
Thursday, June 11, 2009
Sekapur Sireh - YM Raja Ahmad Raja Dato' Abd Wahid (Persidangan UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - 13 Jun 2009)
Alhamdulillah, eloklah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, maka sekali lagi kita dapat bersama-sama menghadiri persidangan di Dewan Melayu yang bersejarah ini.
izinkan saya menimbau kembali konsep -Kepimpinan Melalui Teladan - yang dilancarkan oleh yang berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 19 Mac 1983.
Objektifnya ialah untuk menanam dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan kakitangan awam khususnya masyarakat amnya untuk mengubah sikap bagi mencapai dan memperkukuhkan nilai-nilai bagi mempertingkatkan etika kerja serta daya pengeluaran negara.
Sifat Positif sebagai teladan
kesederhanaan dalam tindakan dan tuturkata
wawasan dan strategi yang jelas
berakhlak tinggi
bersih hati, fikiran dan tindak tanduk
sentiasa memperbaiki diri dan membangunkan diri sendiri
berhemah tinggi berwibawa dan tegas dalam melaksanakan tugas
secara dasarnya ianya selaras dengan konsep 1malaysia yang diperkenalkan oleh yab perdana menteri dato seri mohd najib tun razak. bagi saya ini merupakan kesinambungan kepada konsep kepimpinan yang terdahulu yang kita harus contohi.
bagi pihak ahli cawangan saya dengan ini menyokong penuh konsep 1malaysia yang diterajui yab perdana menteri.
tidak lupa juga jasa allahyarham ayahnda saya, ym raja abd. wahid, yang banyak memberi tunjuk ajar dan khidmat ikhlas terhadap masyarakat di kota raja semasa beliau masih hidup. saya amat menghormati perjuangan beliau.
SAYA INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA ADA TUTUR BAHASA SAYA YANG MELANGGAR ADAT KETIMURAN KITA. SESUNGGUH YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH SWT DAN YANG BURUK ITU DATANG DARI DIRI SAYA SENDIRI.
SAYA SUDAHI UCAPAN SAYA DENGAN WABILLAHITAWFIKWALHIDAYAH WASALAMUALIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH
"Hormat Pada Yang Tua, Kasih Pada Yang Muda, Cinta Pada Yang Ada"
Salam hormat dari saya,
RAJA AHMAD RAJA DATO’ AB. WAHID
KETUA UMNO
CAWANGAN BANDAR KLANG SELATAN
BAHAGIAN KOTA RAJA
Wednesday, June 3, 2009
Perjuangan UMNO
2. Kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya. Chin Peng lah yang cuba membebaskan Malaya daripada penjajah British sebelum mana-mana orang Melayu mencuba melakukannya.
3. Perjuangan UMNO adalah kemudian dari itu.
4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.
5. Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang.
6. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.
7. Sebab itu Melayu yang sedikit yang mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali.
8. Inilah sebabnya yang orang Melayu tidak menyertai pemberontakan MCP melawan British, dan tidak anggapnya sebagai perjuangan untuk kemerdekaan Malaya.
9. Dengan kesedaran dan kepercayaan ini maka orang Melayu telah tubuh badan yang tersendiri untuk betul-betul memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Badan yang ditubuh ialah UMNO.
10. Orang Melayu tidak percaya yang pemberontakan bersenjata akan berkesan. Ini adalah kerana negara yang akan di warisi jika menang sekalipun sudah tentu akan rosak teruk kerana peperangan.
11. Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambilkira kemampuan mereka. Mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan.
12. Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna. Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator Komunis yang akan menjajah orang Melayu dan kaum-kaum lain juga.
Sumber: http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/06/memperlekeh-perjuangan-umno.html#more